Menantikan Kucing
Bertanduk
(MGG: When The Iron Tree
Blossoms)
Satu ketika dulu presiden Indian
Progressive Front, Dato M.G. Pandithan telah membuat permohonan untuk menjadi
ahli komponen Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri telah menegahnya. Sebaliknya, IPF harus dibubarkan dan ahlinya
masuk menjadi ahli Malaysian Indian Congress (MIC). Gitulah caranya orang India
dapat bersatu. Di waktu yang sama dia
telah berkata UMNO tidak akan menolak kalau PAS mahu menyertai BN seandainya
rakan koalisi yang lain mengizinkannya.
Dengan lain perkataan, IPF yang berminat tidak dibenarkan masuk, PAS yang tidak
pun berselera boleh pula diterima. PAS dan UMNO boleh hidup seiring jalan; tetapi kalau parti lain di
kalangan orang India, mereka tidak boleh melakukannya. Apakah Perdana Menteri
tidak boleh bertegas agar PAS menyertai UMNO untuk menganggotai Barisan?
Bukankah sayap agama UMNO yang mula-mula
dulu menarik diri daripada parti sebaik sahaja Dato Sir Onn Jaffar turun daripada pucuk kepimpinan parti pada
1951 dulu?
Kenyataan perdana menteri
mengenai PAS menganggotai BN adalah satu taktik berlembut oleh UMNO untuk
menarik perhatian orang Melayu sebelum perbincangan perpaduan Melayu itu mahu
dimulakan. Apakah perbincangan itu akan dilaksanakan? Di cuba melepaskan dirinya daripada masalah itu setelah didesak
oleh rakannya dalam kabinet. Lagi pun apa juga yang diingini oleh UMNO tentunya
pertemuan itu akan membincangkan lebih banyak
isu, selain hak keistimewaan
orang melayu. PAS masih lagi memikirkan pembabitan orang bukan Melayu dalam
pasukannya. Seorang pegawai PAS
menjangkakan perkara itu mungkin dilangsungkan pada akhir tahun, setelah
selesainya mesyuarat agung UMNO. Presiden
PAS, Dato’ Abdul Fadhil Nor kini sedang berada di Mekah dan hanya akan pulang
pertengahan Mach. Mesyuarat Bahagian UMNO sedang berlangsung sekarang. Dari
sekarang sehinggalah persidangan UMNO
yang dijangka pada Mei tahun ini, perhatian Perdana menteri dan juga UMNO
tentulah tertumpu kepada masalah parti sendiri.
UMNO mahukan perpaduan Melayu itu
dibincangkan untuk meminggirkan PAS. Pada 1972, sebaik sahaja Dasar Ekonomi
Baru mula bertapak, Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah bertemu presiden PAS,
Dato’ Asri Muda yang ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Mereka
berbincang untuk bersatu bagi kepentingan orang Melayu. PAS pun menganggotai
Barisan nasional ketika ia dilancarkan pada tahun berikutnya. Lima tahun
kemudiannya PAS tersingkir daripada gagasan itu dan juga kehilangan kuasanya di
Kelantan yang dipegangnya selama 20 tahun itu
berikutan satu krisis yang
dirancangkan oleh UMNO. Merempatlah PAS tanpa kuasa memerintah sebarang negeri
untuk 12 tahun lamanya sebelum ia berjaya naik semula di Kelantan pada
1990. Pada 1986, PAS berbincang dengan
masyarakat Cina untuk membentuk satu
jawatankuasa perundingan Cina. Ketika itu UMNO berpecah dua di antara pengaruh
Perdana Menteri dengan pengaruh Tengku Razaleigh. Gelagat PAS menunjukkan kuasa
yang ada padanya membuatkan UMNO tidak senang duduk. Perdana menteri dan juga
timbalannya ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim merancang satu perbincangan
secara rahsia. Itulah rahsia yang dibocorkannya selepas itu sehingga sokongan
rakyat terhadap PAS menjadi kematu. Masyarakat Cina menarik balik sokongan
mereka. PAS menghadapi masalah besar dalam pemilu pada tahun itu dengan
memenangi hanya satu kerusi parlimen yang dipertandingkannya.
“Kami menanti selama 15 tahun,”
kata seorang pemimpin PAS kepada saya, “untuk mendapatkan balik sokongan rakyat
dan maruah parti”. Malahan, ketika jawatankuasa Suqui berbincang untuk merangka
strategi baru-baru ini, ia mempunyai seorang ahli yang bukan Cina untuk turut
serta – seorang Melayu daripada PAS.
Inilah yang membuatkan PAS berwaspada dengan kata-kata Perdana
Menteri. PAS tidak boleh menolaknya
sembarangan kerana tidak mahu mencemarnya lagi; Ia tidak menerima hakikat
bahawa perpaduan Melayu sudah tergugat, kerana beranggapan bahawa orang Melayu
sebenarnya sudah berganjak dalam memberikan sokongan mereka dan tidak berpecah
lagi sebagai satu bangsa. Tidak ada sebarang perbincangan mengenai perpaduan
orang Melayu selagi nasib Dato Seri Anwar Ibrahim tidak diambil kira dan selagi
kerajaan pusat menafikan hak rakyat Terengganu kepada wang royalti petroleum
mereka. Dua perkara ini adalah lambang
perpecahan orang Melayu yang dicetuskan oleh UMNO.
UMNO beranggapan perbincangan
mengenai perpaduan orang Melayu akan mengembalikan maruah mereka untuk meraih
kembali sokongan orang Melayu. Terdayakah mereka selagi tidak diselesaikan apa yang sebenarnya
menyebabkan masalah itu: Perbuatan aib
yang dilakukan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan segala tuduhan yang boleh
dipertikaikan dan menyebabkan
terjatuhnya hukuman ke atasnya. Parti Keadilan tidak mahu terlibat dalam
perbincangan itu. Kalau pun perbincangan itu mahu dilaksanakan, pembebasan
beliau mesti diambil kira. Inilah yang membuatkan UMNO jatuh terpelusuk laksana
beruk duduk di ceruk. Usaha UMNO itu tidak akan berjaya selagi Anwar tidak
dibebaskan dan selagi pembayaran royalti minyak rakyat Terengganu tidak
dilunaskan.
Orang UMO hanya mampu berkhayal
dengan impian itu. Kata orang barat; ‘When the iron tree blossoms and the cow
jumps over the moon.” Serupalah seperti menanti kucing mula bertanduk. Akhirnya
yang usul akan pulang ke asal juga.
-MGG Pillai-
Terjemahan MT